PELAWAT

Tuesday, June 29, 2010

SAMBUTAN HARI KOPERASI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2010

SAMBUTAN HARI KOPERASI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2010, telah di adakan pada 29 JUN 2010 ( Selasa ) , Jam 7.40 pagi - 2.00 petang bertempat di Dewan Munsyi SMKSN.

Tema sambutan pada kali ini ialah " KREATIF DAN INOVATIF MEMPERKASAKAN KOPERASI SEKOLAH".

PENGENALAN HARI KOPERASI

Sambutan Hari Koperasi Sekolah ( HKS ) telah mula disambut sejak tahun1995. Sehingga 2009 banyak perubahan telah dibuat dalam HKS. Pelbagai aktiviti dijalankan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh ANSKASA.

Sambutan hari koperasi ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jati diri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

OBJEKTIF HARI KOPERASI

  • Memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah
  • Menyedarkan warga sekolah peranan yang dimainkan oleh koperasi untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jati diri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.
  • Menonjolkan koperasi sekolah sebagai satu entiti di sebuah sekolah dalam usaha menyemai nilai-nilai koperasi dalam kalangan anggota









Cikgu Malik sibuk menyediakan gerai jualannya

Persembahan dari Pelajar Pendidikan Khas

Promosi Barangan Buatan Malaysia


Peserta Ratu Cantik SNKSN

Bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan terjemahan oleh pelajar


Bacaan perutusan oleh wakil pelajar

Ucapan Aluan dan perasmian Hari Koperasi Oleh Pengetua

Barisan pentadbir SMKSN

Persembahan Koir Lagu Koperasi oleh Kumpulan Koir Asrama SMKSN

Pelajar dan guru berkumpul di dewan mengikuti pelancaran Hari Koperasi Peringkat sekolah





















Monday, June 28, 2010

PROGRAM DERMA DARAH ANJURAN KOPERASI SMKSN DAN PERSATUAN PELAJAR TINGKATAN 6, 28 JUN 2010



Sempena hari Koperasi pada 29 Jun 2010, pihak Koperasi SMK Seri Nering dengan kerjasama Persatuan Pelajar Tingkatan 6 SMKSN dan HOSPITAL BESAR TENGKU AMPUAN RAHIMAH KUALA TERENGGANU telah menganjurkan satu Kempen Derma Darah dengan tema " Setitis Darah Anda Boleh Menyelamatkan Satu Nyawa".

Program ini telah dijalankan dengan jayanya pada hari ini 28 Jun 2010 bertempat di Dewan Munsyi SMKSN dengan penglibat pelajar-pelajar terutama dari Tingkatan 6, Guru-guru dan Pekerja. Semoga program murni ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan demi membantu mereka yang memerlukan.

Derma darah ini mempunyai kepentingan dan hikmahnya yang tersendiri seperti:-

1. Menampung jumlah darah yang berkurangan di Blood Bank. (Ikhlas)

2. Membantu insan lain yang memerlukan. (Ihsan dan Syukur)

3. Melatih diri untuk memberi. (Kebajikan dan Sedekah)

4. Menginsafi diri kerana darah kita hanya pinjaman daripada ALLAH. (Insaf)

5. Mengingatkan diri mengenai kematian. (Zikrullah)


FOTO-FOTO SEKITAR PROGRAM




















Monday, June 7, 2010

SEMINAR PMR 2010 - ANJURAN KELAB TAHA DAN BERITA HARIAN










Pada hari Ahad, 6 JUN 2010 yang lalu pihak Tabung Haji melalui Kelab TAHA dengan kerjasama Berita Harian telah menganjurkan SEMINAR PMR 2010. SMK SERI NERING telah dipilih sebagai tuan rumah.

JADUAL SEMINAR PMR

8.00 PAGI - 10.30 PAGI - MATHEMATICS

10.30 PAGI - 11.00 PAGI - REHAT

11.00 PAGI - 1.30 PETANG - SCIENCE

1.30 PETANG - 2.30 PETANG - REHAT/MAKAN TENGAHARI/SOLAT

2.30 PETANG - 5.00 PETANG - BAHASA INGGERIS

5.00 PETANG - PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL