PELAWAT

Sunday, July 25, 2010

PERTANDINGAN PETANQ ANTARA KELAB/PERSATUAN DAN TERBUKA SMKSN, 2010

Pada 24 Julai 2010 yang lalu, Koperasi SMK Seri Nering telah menganjurkan Pertandingan Petanq Antara Kelab/Persatuan dan Terbuka Daerah Besut. Pertanding ini telah berjaya menarik minat penyertaan dari beberapa pasukan yang kebanyakan dari sekolah-sekolah sekitar daerah Besut. Pertandingan ini menawarkan hadiah yang menarik. Pertandingan ini telah diadakan dengan jayanya.

Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. Kepada pasukan yang menang, ada semua memang hebat. Syabas dan tahniah.

FOTO-FOTO SEKITAR PERTANDINGAN



























































Saturday, July 17, 2010

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT UNIFORM SMK SERI NERING, 2010

Pelbagai aktiviti Badan Beruniform, telah dijalankan sepanjang tahun yang melibatkan banyak kemahiran dan pengetahuan. Semua itu harus diuji melalui pertandingan antara Badan-badan Beruniform. Oleh itu, untuk mencapai tujuan tersebut, maka Unit Kokurikulum SMK Seri Nering telah menganjurkan satu Program Perkhemahan Bersepadu Unit Uniform yang telah diadakan pada 15-17 JULAI 2010, bertempat di KEM REJIMEN ASKAR WATANIAH, SERI TEMBILA BESUT.



MATLAMAT


Diharap dengan program ini, ia dapat mencapai matlamat untuk menjadikan pelajar yang terlibat dengan aktiviti Badan Beruniform lebih berpengetahuan dan berdedikasi dari aspek pembinaan insan yang seimbang selari dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaa, iaitu seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.


OBJEKTIF


1. Menilai pengetahuan pelajar tentang disiplin-disiplin ilmu Badan Beruniform.

2. Menguji kemampuan pelajar dari aspek kepimpinan yang berkesan

3. Menyemai nilai bekerjasama antara ahli kumpulan dan peserta keseluruhannya

4. Menerap nilai kehidupan yang pelbagai cabaran dan dugaan kepada peserta perkhemahan


AKTIVITI

15 JULAI 2010 ( Khamis )

Petang : Pameran senjata dan kelas
Malam : Kembara malam ( Menguji ketahanan mental )

16 JULAI 2010 ( JUMAAT )

Pagi : Kompas matching/ Mencari harta karun
Petang: Latihan kawad
Malam: Persembahan

17 JULAI ( Sabtu )

Pagi : Pertandingan kawad
T/hari : Perasmian penutup dan penyampaian hadiah


Tahniah dan syabas kepada semua perserta yang terlibat dalam menjayakan program perkhemahan Unit Beruniform kali ini. Jutaa terima kasih yang tidak terhingga diucapakan kepada pihak Kem Rejimen Askar Wataniah, Seri Tembila. Sesungguhnya jasa dan sumbangan anda semua amat dihargai ini. Semoga kita berjumpal lagi di tahun hadapan.




FOTO-FOTO SEKITAR PROGRAM