PELAWAT

Sunday, May 22, 2011

SELAMAT HARI GURU WARGA SMK. SERI NERING_2011

Semua tahu guru adalah manusia yang tidak akan terlepas melakukan kesalahan. Jika itu berlaku, adakah kesilapan itu perlu diulang? Perbaiki ia dan jadikan ikhtibar. Guru yang bersemangat akan melahirkan satu aura yang dapat dirasai oleh murid. Kita bukan hanya mengajar murid semata-mata untuk menjadi pandai, lebih dari itu unsur kemanusian dan kemenjadian murid ke arah modal insan yang terbaik. Memang berat tugas yang dipikul ini, namun inilah padang kita. Jika kita berlari akan tersungkur, namun bangkit dan mula aturkan langkah baru.Jika itu berlaku, jangan salahkan padang sahaja tetapi mungkin ada kesilapan ketika aturan langkah tadi. Cuba lihat ke dalam diri, pasti nampak kekuatan diri mengatasi kelemahan. Bidang yang kita ceburi ini memerlukan jiwa yang kental. Jiwa yang tidak akan mengalah dan lemah kepada teguran sinis. Jika kita hampir terlena, sedarkan diri dengan pemikiran bahawa ada jiwa yang perlu diisi dengan ilmu dan sentuhan kemuliaan. Jadilah guru yang di ibaratkan pembina ukiran ais, penuh perhatian dan kesabaran. Gunakan segala kemahiran bukan dengan kekasaran yang boleh meruntuhkan jiwa anak-anak itu. Selamat Hari Guru 2011 kepada semua guru di Malaysia. Jadilah Guru Terhebat, Terungggul dan Terbilang.

Sempena hari guru ini, kami di Pusat Sumber SMK Seri Nering ( Sangsura ) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga SMKSN. Guru unpama lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.



SEKILAS FAKTA SEMPENA HARI GURU

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu

OBJEKTIF

1. " Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
2. " Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
3. " Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
4." Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5." Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
6. " Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil

TEMA HARI GURU 1972 - 2011

1. 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
2. 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
3. 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
4. 1975 Guru dan Pembangunan Negara
5. 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
6. 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
7. 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
8. 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
9. 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
10. 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
11. 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
12. 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
13. 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
14. 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
15. 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
16. 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
17. 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
18. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
19. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
20. 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
21. 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
22. 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
23. 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
24. 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
25. 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
26. 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
27. 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
28. 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
29. 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
30. 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
31. 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
32. 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
33. 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
34. 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
35. 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
36. 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
37. 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
38. 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
39. 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
40. 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
41. 2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara

Tuesday, May 17, 2011

PAMERAN DAN JUALAN BUKU SEMPENA KEMPEN BULAN MEMBACA dan NILAM

Sempena kempen Bulan Membaa dan NILAM pihak PUSAT SUMBER SMKSN telah mengajurkan Program Pameran dan Jualan Buku yang telah diadakan pada 3-4 Mei 2011. Program ini telah diadakan di Dewan Munysi SMK Seri Nering. Pameran ini telah dijayakann oleh Setiap Panitia Matapelajaran di SMKSN. Manakala pameran buku telah dijayakan oleh Syarikat Pustaka Murni, KualaTerengganu. Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti kuiz, kelas Al Quran tajwid dan tunjuk cara mengkafankan jenazah dan lain-lain. Program ini telah mendappat sambutan yang hebat dari seluruh warga SMKSN.





Sunday, May 15, 2011

PROGRAM BULAN MEMBACA 2011_ ANJURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH



PENGENALAN

Membaca Jambatan Ilmu. Oleh yang demikian Pusat Sumber Sekolah SMK Seri Nering telah berusaha dan berinisiatif menganjurkan Program Bulan Membaca bagi peringkat sekolah tahun 2011. Program ini julung-julung kali diadakan bagi menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar sekolah khususnya dan seluruh warga sekolah amnya.

Pusat Sumber Sekolah sebagai gedung ilmu amat mengharapkan pelajar sentiasa menjadikan PSS ini menjadi tempat yang paling gemar dikunjungi demi menambahkan lagi ilmu dan pengetahuan mereka.

Program Bulan Membaca ini diharapkan juga mendapat kerjasama daripada seluruh warga sekolah sama ada di peringkat Pentadbiran, Panitia, guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Seri Nering.

OBJEKTIF

1) Menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar dengan lebih baik lagi.

2) Melahirkan pelajar yang bukan sahaja gemar membaca tetapi juga akan merekodkan bacaan mereka menerusi Program NILAM.

3) Membantu pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dengan tertanamnya minat membaca.

4) Membantu sekolah untuk membudayakan minat membaca dalam kalangan pelajar dan seluruh warga sekolah.

5) Mempelbagaikan aktiviti galakan membaca yang kreatif, inovatif dan berkesan.

6) Memberi peluang kepada pelajar menghargai para guru yang telah mencurahkan ilmu kepada mereka.

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

TARIKH PERLAKSANAAN

Sepanjang Bulan Mei 2011 – 1-31 Mei 2011

JAWATANKUASA INDUK

i) Penaung : Puan Hajjah Tuan Fauziah bt Tuan Muda (Pengetua)

ii) Pengerusi : Tuan Haji Zainuddin bin Salleh (GPK 1)

iii) Naib Pengerusi : Puan Marsila bt Adun (GKMP Bahasa)

iv) Setiausaha : Encik Rizal bin Ridzuan (Penyelaras PSS)

v) Penolong SU : Puan Wan Norhayati Wan Rahim (Penyelaras NILAM)

vi) Bendahari : Puan Zarina bt Hussain

vii) AJK : Tuan Haji Man bin Mohamad (GPK HEM)

Tn Hj Wan Mohd Rusdi bin Wan Mat Ali (GPK KOKU)

Encik Asmani bin Mohd (GPK Tingkatan 6)

Puan Siti Ropiah bt Muda (GKMP Sains)

Puan Zaharah bt Hamid (GKMP Kemanusiaan

Encik Abd Ghani bin Md Noor (GPK Tek dan Vok)

Puan Mimi Hartini bt Razali Ang

Puan Ismira bt Ismail

Puan Yahani bt Mat Tik

Puan Zurina bt Salleh

Semua Ketua Panitia SMK Seri Nering

KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar SMK Seri Nering – Tingkatan 1-6