PELAWAT

Wednesday, August 3, 2011

KARNIVAL PENDIDIKAN SMK SERI NERING PADA 18 DAN19 JULAI 2011


1. Pendahuluan

Hari Kemuncak Kokurikulum adalah satu acara tahunan yang diadakan bagi memberi penghargaan kepada murid-murid yang aktif dalam bidang kokurikulum, menggalakkan murid aktif dalam bidang kemasyarakatan di samping itu memberi peluang kepada ibu bapa menghargai kegiatan anak mereka di sekolah. Aktiviti yang bakal diadakan seperti pertandingan, pameran, demonstrasi, gerai jualan dan lain-lain.

2. Matlamat.

Matlamat Hari Kokurikulum adalah bertujuan bagi mencapai beberapa sasaran ;

2.1 Menanam sifat berkerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan dalam kalangan murid, guru dan masyarakat setempat.

2.2 Melahirkan bakal pemimpin pada masa depan dalam kalangan murid.

2.3 Memberi peluang kepada ibu bapa melihat perkembangan sahsiah anak mereka di sekolah.

3. Objektif.

Objektif Hari Kokurikulum adalah bagi menggalakkan pelajar aktif dan berminat dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun pihak tertentu. Antaranya ialah;

3.1 Memupuk semangat bersatu padu, bekerja dalam satu kumpulan sama ada persatuan, kelab atau unit beruniform.

3.2 Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan dedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber.

3.3 Menggalakkan pelajar berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupukkan sikap disiplin yang tinggi.

3.4 Memberi peluang kepada ibu bapa berbincang dengan pihak sekolah demi kebaikan anak mereka.

3.5 Memupuk budaya mencintai ilmu yang bermanfaat, mencintai seni budaya bangsa dan bersyukur terhadap pemberian “Maha Pencipta”.

4. Kumpulan Sasaran.

Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada Hari Kokurikulum akan melibatkan;

4.1 Semua murid SMK Seri Nering.

4.2 Semua Guru SMK Seri Nering.

4.3 Semua Ibu bapa/Penjaga murid SMK Seri Nering.

4.4 Ahli Jawatan Kuasa PIBG.

5. Aktiviti:

5.1 Gerai Jualan

- Kelab/Persatuan & Unit Beruniform (Terhad kepada 15 Gerai sahaja).

- Alya Sara.

- Gigabyte Technnology.

- Kedai Buku (SMO).

5.2 Pameran Agensi Kerajaan/Swasta.

- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan.

- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA).

- Jabatan Pertahan Awam Malaysia (JPAM).

- Polis Di-Raja Malaysia (PDRM).

- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

- Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Jabatan Kesihatan (Derma Darah & Pemeriksaan Kesihatan).

- Telekom Malaysia .

- Celcom (Syarikat Telekomunikasi).

- Rejimen Askar Melayu Di-Raja.

5.3 Pameran Institusi Pendidikan.

- Pusat Minda.

- IKBN, Bachok.

- UITM, Machang.

5.4 Pameran Unit Beruniform

- Model Tapak Perkhemahan (Pengakap, KRS, Puteri Islam, P/Puteri).

5.5 Auto Show.

- Tan Chong Motor (Jerteh).

- Paccar Motor (Jerteh).

5.6 Motor Show.

- Motor Berkuasa Tinggi; Besut Bikers Club (BBC).

- Motor Klasik.

- Basikal Tua.

5.7 Pertandingan Gubahan Tembikai.

- Antara Unit Beruniform.

- Pelajar Pra-U.

5.8 Pertandingan Nasyid.

- Antara Kelab & Persatuan.

5.9 Pertandingan Futsal, Bola Jaring, Ping Pong & Bola Tampar.

- Antara Kelas.

5.10 Demonstrasi; JPAM.

5.11 Persembahan Seni Silat Tari.

5.12 Persembahan Gasing Uri.

5.13 Persembahan Kawad Kaki (Kadet PDRM, JPAM, PKBM & RAMD).

6. Tarikh: 18 & 19 JULAI 2011 (ISNIN & SELASA)

7. Masa : Isnin (0800 pg – 0500 ptg) & Selasa (0800 pg – 0100 tgh)

8. Tempat:

8.1 Dewan Munsyi.

8.2 Foyer.

8.3 Dataran Perhimpunan.

8.4 Gelanggang Bola Tampar.

8.5 Padang Sekolah.

8.6 Bilik Jamuan VIP.

8.7 Sepanjang Laluan Ke Asrama.