PELAWAT

Sunday, October 28, 2012

KEM MEMBACA MALAYSIA


  PERLAKSANAAN
PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2012
PERINGKAT SEKOLAH

PADA
21 -25 OKTOBER 2012

TEMA: PEMBACAAN PEMANGKIN 1MALAYSIA


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN  SERI NERING
BESUT, TERENGGANU

1.0    PENDAHULUAN

Program Gerakan Tabiat Membaca merupakan salah satu aktiviti utama Jabatan Pendidikan Negeri Terangganu dengan kerjasama Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri Terengganu  ( BTPNT ). Program ini bertujuan untuk membina tabiat membaca di kalangan pelajar dan  pembelajaran sepanjang hayat. Bertepatan dengan tujuan tersebut, Program Kem Membaca 1Malaysia telah diadakan secara serentak di seluruh negara. Oleh yang demikian Pusat Sumber Sekolah SMK Seri Nering telah menyahut seruan tersebut dengan menganjurkan Program Kem Membaca 1Malaysia peringkat sekolah.
            Program Kem Membaca 1Malaysia ini telah mendapat kerjasama dari seluruh warga sekolah sama ada di peringkat Pentadbiran, Panitia, guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Seri Nering.


2.0    OBJEKTIF

2.1    Menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar dengan lebih baik lagi
2.2    Membantu pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dengan tertanamnya minat membaca
2.3    Membudayakan minat membaca dalamkalangan pelajar dan seluruh warga sekolah
2.4    Mempelbagaikan aktiviti galakan membaca yang kreatif, inovatif dan berkesan.
2.5    Melahirkan pelajar yang bukan sahaja gemar membaca tetapi juga akan merekodkan bacaan mereka menerusi program nilam


3.0    PERLAKSANAAN


3.1 MAJLIS PELANCARAN/ PERASMIAN

Tarikh  : 21 Okt 2012 ( Ahad )

Aktiviti            : Majlis Pelancaran
Fasilitator        : En Rizal b Ridzuan ( Penyelaras Pusat Sumber )
Bilangan Pelajar Terlibat: 1250 orang

Ulasan:

            Majlis Pelancaran ini  telah diadakan semasa Perhimpunan Rasmi Sekolah. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Seri Nering iaitu En Muhd Nor Saat Bin Sa’ad.

Aturcara Program adalah seperi berikut:
-          Bacaan doa
-          Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Terengganu,dan lagu Sekolah.
-          Ucapan Penyelaras Pusat Sumber
-           Ucapan Perasmian dan pelancaran Kem Membaca 1Malaysia oleh pengetua sekolah.
-          15 minit membaca
-          Persembahan Pelajar
-         Bersurai 


 3.2 PERTANDINGAN MENCARI PERKATAAN/WORD PUZZLE


Tarikh  : 21 Okt 2012 ( Ahad )

Aktiviti            : PERTANDINGAN MENCARI PERKATAAN/WORD PUZZLE

Fasilitator        : En Rizal b Ridzuan ( Penyelaras Pusat Sumber )

Bilangan Pelajar Terlibat:48 orang

Ulasan:

Program telah berjalan dengan lancar. Peserta terlibat adalah dari kalangan pelajar tingkatan tiga. Beberapa orang guru juga turut mengambil bahagian. Program ini dilaksanakan di Dewan Munsyi SMK Seri Nering. Pelajar diuji mencari perkataan tersembunyi di dalam lembaran kerja yang disediakan.

 3.3 PAMERAN KOLEKSI BUKU/ BAHAHAN PUSAT SUMBER DAN  JUALAN  
      BUKU

Tarikh  : 22 Okt  2012  ( Isnin )

Aktiviti            : PAMERAN PANITIA DAN PAMERAN/JUALAN BUKU

Fasilitator        : En Rizal b Ridzuan ( Penyelaras Pusat Sumber )

Bilangan Pelajar Terlibat: 1250 orang / semua pelajar

Ulasan:

            Pusat Sumber telah membuat pameran koleksi buku dan bahan yang terdapat di Pusat Sumber sebagai promosi dan galakan kepada warga sekolah untuk mengunjungi Pusat Sumber. Aktiviti permainan dalaman, peraduan teka muka surat buku dan teka silangkata  juga diadakan.  Manakala pameran dan jualan buku telah dilakukkan oleh pihak Syarikat Muda Osman, Kota Baharu.. Progam ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang hebat dari seluruh warga SMK Seri Nering.

3.4 PERTANDINGAN TULISAN JAWI

Tarikh  : 23 OKT  2012 ( Selasa )/ Slot 1

Aktiviti            : PERTANDINGAN MENULIS TULISAN JAWI

Fasilitator        : En Rizal b Ridzuan ( Penyelaras Pusat Sumber ) dan Guru Panitia Pen. Islam

Bilangan Pelajar Terlibat: 65 orang

Ulasan:

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Peserta terlibat adalah dari kalangan pelajar tingkatan tiga. Pelajar telah disediakan dengan satu petikan bertajuk: Tabiat Membaca Dalam Kalangan Penduduk Malaysia. Pelajar dikehendaki menulisnya semula dalam tulisan jawi sepenuhnya. Program ini dilaksanakan di Dewan Munsyi SMK Seri Nering. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Panitia Pendidikan Islam. Pelajar telah menunjukan kesungguhan yang tinggi menyiapkan tulisan tersebut.


 3.5 PROGRAM KITAR SEMULA / SAYANGI BUMI

Tarikh  : 22 OKT  2012 ( Selasa )/ Slot 2

Aktiviti            : PROGRAM KITAR SEMULA / SAYANGI BUMI

Fasilitator        : En Rizal b Ridzuan ( Penyelaras Pusat Sumber ) dan Guru Panitia Sivik

Bilangan Pelajar Terlibat: 45 orang

Ulasan:

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Peserta terlibat adalah dari kalangan pelajar tingkatan tiga. Pelajar telah disediakan dengan surat khabar dan majalah-majalah lama. Pelajar dikehendaki menghasilkan satu karya bertema dengan menggunakan bahan-bahan lama tersebut. Hasil yang terbai akan mendapat hadiah.. Program ini dilaksanakan di Dewan Munsyi SMK Seri Nering. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Panitia Pendidikan Sivik dan Kemasyarakatan. Pelajar telah menunjukan minat dan kesungguhan yang tinggi menyiapkan karya tersebut.


 3.6 PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

Tarikh  : 24 OKTOBER 2012 ( Rabu )/ Slot 1

Aktiviti            : PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

Fasilitator        : En Rizal b Ridzuan ( Penyelaras Pusat Sumber ) dan Guru PSV

Bilangan Pelajar Terlibat: 65 orang

Ulasan:

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Peserta terlibat adalah dari kalangan pelajar tingkatan tiga dan Pendidikan Khas dan Integrasi. Tema pertandingan adalah “ Pembacaan Pemangkin 1Malaysia ”. Program ini dilaksanakan di Dewan Munsyi SMK Seri Nering. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Panitia Seni. Pelajar telah menunjukan kesungguhan yang tinggi untuk menghasilkan sebuah karya yang menarik.

3.7 MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH

Tarikh  : 24 OKTOBER  2012 ( Rabu )/ Slot 2

Aktiviti            : Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

Fasilitator        : En Rizal b Ridzuan ( Penyelaras Pusat Sumber )

Bilangan Pelajar Terlibat: 125 orang/ pelajar tingkatan 3

Ulasan:

            Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang pelbagai peraduan sepanjang program telah diadakan.. Satu perhimpunan khas dan  ringkas yang melibarkan semua peserta telah diadakan di dewan sekolah untuk tujuan tersebut. Pelajar yang terlibat adalah pelajar lepasan PMR dan Pendidikan Khas dan Integrasi. Majlis tersebut berjalan lancar. 

FOTO-FOTO SEKITAR PROGRAM