PELAWAT

Monday, April 14, 2014

  
PELANCARAN

PROGRAM NILAM 2014
Dan
KEMPEN GALAKAN MEMBACA
Sek. Men. Keb. Seri Nering

9 MAC 2014/7 JAMADIL AWAL 1435H


Latar Belakang

Program galakan membaca 2014
dilancarkan bagi mengemaskini, mengukuh dan menyelaras aktiviti membaca yang dijalankan di sekolah. Di samping itu aktiviti  ini dijalankan bagi menambahkan lagi  minat membaca di kalangan pelajar-pelajar sekolah serta mendedahkan kepada pelajar peranan pusat sumber sekolah agar penggunaannya dapat dimanfaatkan
sebaik mungkin.

Program nilam ini dianjurkan di bawah penyeliaan bidang bahasa dan
digerakkan oleh pusat sumber sekolah
terutama perpustakaan di mana
objektifnya ialah menggalakkan dan menumbuhkan minat membaca
di kalangan pelajar.

Budaya membaca perlu dijadikan
sebagai satu tabiat hatta berada
di mana jua dan dilakukan
secara berterusan.

Aktiviti yang dijalankan
diharapkan selaras dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang disesuaikan dengan tahap pencapaian pelajar.

 




Matlamat

Matlamat program NILAM ialah supaya
terbina tabiat membaca di kalangan murid-murid.

Objektif Nilam

·         Memupuk budaya membaca di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.
·         Mempelbagaikan aktiviti galakan membaca yang kreatif, inovatif dan berkesan.
·         Menerapkan naluri gemar membaca bagi menghasilkan masyarakat yang mengamalkan budaya membaca sepanjang hayat.

Aktiviti Program Nilam dan Program Galakan Membaca Tahun 2014

·         Rekod Bahan Bacaan
·         Peraduan Teka Silang Kata
·         Kem Membaca 1Malaysia
·         Kuiz Ihya Ramadan
·         Promosi Buku
·         Kuiz Jejak Merdeka
·         Hentian Ilmu
·         Hari Pusat Sumber
·         Sudut Bacaan di dalam kelas
·         Peraduan Melukis Poster


  FOTO-FOTO SEKITAR PROGRAM  


 
Sajak Mari Membaca

Ucapan Perasmian oleh Pengetua

Pengetua menandatangani Sijil Perasmian NILAM

Koir Pengawas PSS: Lagu NILAM

Penyampaian Sijil NILAM

Penyampaian Sijil NILAM

Penyampaian Cenderahati oleh Penyelaras PSS kepada Pengetua

Pelajar dan guru menonton Klip Video NILAM