PELAWAT

Monday, July 7, 2014

HARI PUSAT SUMBER SMK SERI NERING 2014



           Alhamdullilah, syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya maka Unit Pusat Sumber SMK Seri Nering telah berjaya mengadakan program ini dengan jayanya. Program ini telah dilaksanakan pada 17-18 Jun 2014 yang lalu. 
 
         Seperti tahun-tahun yang lalu, Hari Pusat Sumber tahun ini masih mengekalkan format yang sama dengan sedikit penambah baikan. Penambah baikan yang dimaksidkan itu ialah pihak Pusat Sumber telah menjemput beberapa agensi seperti Jabatan Pertahan Awam Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia SMK Seri Nering untuk sama-sama menjayakan program pada tahun ini. Terima kasih diucapan atas kerjasama dan sokongan yang diberikan. 

              Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program pada tahun ini adalah seperti Pameran dan Jualan Buku dari Syarikat Muda Osman, Pameran dan Aktiviti oleh Pusat Minda Besut, Pameran dan Aktiviti oleh Panitia Sains SMKSN, Pameran dan Jualan oleh Unit Pendidikan Khas dan Integrasi SMKSN, Pameran oleh AADK, JKJR dan  JPAM. Unit Pusat Sumber sebagai penganjur dan urusetia  pula menyediakan pelbagai aktiviti yang meransang minda dengan kuiz dan aktiviti permainan dalaman.

               Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan skala yang lebih besar, Insyaallah. Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung. Kepada pihak pengurusan sekolah terutama Tuan Pengetuan dan Penolong Kanan Pentadbiran jutaan terima kasih dari kami di Unit Pusat Sumber sekolah atas sokongan dan bantuan yang telah diberikan.

 



1.      PENGENALAN
Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu nadi utama dalam menjamin keberhasilan pelajar dan kecemerlangan sekolah. Sejak sekian lama, penubuhan Pusat Sumber yang dimulai dengan perpustakaan sentiasa mengalami perubahan dan anjakan demi menjamin keberkesanan dan fungsinya dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain mewujudkan prasarana Pusat Sumber yang sesuai dan menarik, minat para pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber juga haruslah sentiasa disemai dan dipupuk dari masa ke semasa. Pelbagai program dapat dianjurkan oleh Pusat Sumber untuk menarik minat pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber seterusnya menggunakan Pusat Sumber sebagai salah satu sumber ilmu. 

2.                  MATLAMAT

Menarik minat para pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah sebagai salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan berfungsi.



3.                  OBJEKTIF
i.                    Menambahkan pengetahuan pelajar mengenai Pusat Sumber Sekolah
ii.                 Menarik minat pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah dengan berkesan
iii.               Melatih para pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan dan mengendalikan program.
iv.               Mengeratkan hubungan sesama Pengawas Pusat Sumber dan para pelajar sekolah.

FOTO-FOTO SEKITAR PROGRAM