Alhamdullilah, syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya maka Unit Pusat Sumber SMK Seri Nering telah berjaya mengadakan program ini dengan jayanya. Program ini telah dilaksanakan pada 17-18 Jun 2014 yang lalu.
Seperti tahun-tahun yang lalu, Hari Pusat Sumber tahun ini masih mengekalkan format yang sama dengan sedikit penambah baikan. Penambah baikan yang dimaksidkan itu ialah pihak Pusat Sumber telah menjemput beberapa agensi seperti Jabatan Pertahan Awam Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia SMK Seri Nering untuk sama-sama menjayakan program pada tahun ini. Terima kasih diucapan atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program pada tahun ini adalah seperti Pameran dan Jualan Buku dari Syarikat Muda Osman, Pameran dan Aktiviti oleh Pusat Minda Besut, Pameran dan Aktiviti oleh Panitia Sains SMKSN, Pameran dan Jualan oleh Unit Pendidikan Khas dan Integrasi SMKSN, Pameran oleh AADK, JKJR dan JPAM. Unit Pusat Sumber sebagai penganjur dan urusetia pula menyediakan pelbagai aktiviti yang meransang minda dengan kuiz dan aktiviti permainan dalaman.
Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan skala yang lebih besar, Insyaallah. Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung. Kepada pihak pengurusan sekolah terutama Tuan Pengetuan dan Penolong Kanan Pentadbiran jutaan terima kasih dari kami di Unit Pusat Sumber sekolah atas sokongan dan bantuan yang telah diberikan.
1.
PENGENALAN
Pusat Sumber Sekolah
merupakan salah satu nadi utama dalam menjamin keberhasilan pelajar dan
kecemerlangan sekolah. Sejak sekian lama, penubuhan Pusat Sumber yang dimulai
dengan perpustakaan sentiasa mengalami perubahan dan anjakan demi menjamin
keberkesanan dan fungsinya dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Selain mewujudkan prasarana Pusat Sumber yang sesuai dan
menarik, minat para pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber juga haruslah
sentiasa disemai dan dipupuk dari masa ke semasa. Pelbagai program dapat
dianjurkan oleh Pusat Sumber untuk menarik minat pelajar untuk mengunjungi
Pusat Sumber seterusnya menggunakan Pusat Sumber sebagai salah satu sumber
ilmu.
2.
MATLAMAT
Menarik minat para pelajar untuk mengunjungi
seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah sebagai salah satu wadah
pembelajaran yang efektif dan berfungsi.
3.
OBJEKTIF
i.
Menambahkan pengetahuan
pelajar mengenai Pusat Sumber Sekolah
ii.
Menarik minat pelajar
untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah dengan berkesan
iii.
Melatih para pengawas
Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan dan mengendalikan program.
iv.
Mengeratkan hubungan
sesama Pengawas Pusat Sumber dan para pelajar sekolah.
FOTO-FOTO SEKITAR PROGRAM