PELAWAT

Monday, May 17, 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOALAH, SMK SERI NERING 16 MEI 2010

TEMA
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


PENGENALAN HARI GURU

Tarikh 16 Mei telah dipilih sebagai Hari Guru kerana pada hari bulan yang sama dalam tahun 1956. Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu ( Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran ( Report of the Educations Committee ) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak ( Razak Report ) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF HARI GURU

  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan semangat kenangsaan ( termasuk perpaduan dan integgrasi ), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah antara guru
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakang Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya perenan peranan itu lebih berkesan

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami,
guru-guru negara Malaysia
dengan ini berikrar
mendukung terus cita-cita kami
terhadap tugas kami
dan menyatakan keyakinan kami,
pada cita-cita murni pekerjaan kami.

Kami akan berbakti
kepada masyarakat
dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan Negara
dan kami mengamalkan
prinsip-prinsip
Rukun Negara
pada setiap masa.


SAJAK YANG DIDEKLIMASIKAN OLEH PENGETUA, SMK SERI NERING SEMPENA HARI GURU, 2010


Tatkala merak mengigal
Dan puntung masih lagi menyala
Kau masih di meja tulis
Mengeja bait-bait harapan
Untuk dihemburkan buat anak-anak ketam
Meredah laut kehidupan
Meneroka laut ilmu
Memugar diri bersama laut latif
Menggamit laut rahmatNya

Dan kala senja meniti malam
Resah menjenguk diri
Mengetuk pintu hati
Merenung wajah anak ketam
Berjalan songsang menyusur arus
Dari lembah kepuncak

Malam yang bulanya penuh gerhana
Tergambar wajah kelam dan pucat
Mengharap kasih
Melukah harapan
Menagih madu ilmu
Buar penawar duka
Pengubat luka
Pada penitir ilmu

Guru....
Kau ibarat ombak dan pantai
Menghembus pasir
Membina kota impian
Tempat bermain anak-anak ketam
Kerana tanpa ombak dan pantai
Anak-anak ketam hilang arah, hilang kata

Itulah engkau wahai guru
Selamat Hari Guru
Selaut kasih, sejuta harapan buatmu guru...

Nukilan: Rohaya, Hidayah, Azrin ( 6A ) & Cikgu Wan Adenan





RENUNGAN

Jadilah guru yang SEJATI.
Teguh berpayung dengan JATI DIRI.
Ke sekolah TAH JEMU, mengajar TAK LESU.

Kehadiran mu DINANTI.
Ketiadaanmu DIRINDUI.
Kehilanganmu TIADA PENGGANTI.
Kepimpinanmu DICONTOHI,
Dari generasi ke generasi,
Jadi sebutan hingga KINI.....


Dulu dia pegang rotan, kau kata DIA garang,
Bila DIA lambat masuk kelas, kau kata DIA malas,
Bila DIA marah-marah, kau kata DIA melampau,
Kini kau adalah DIA......

S E L A M A T H A R I G U R U.........
BUAT SEMUA WARGA GURU SMK SERI NERING
ANDA ADALAH INSAN MULIA





































SEJARAH PUSAT SUMBER SMK SERI NERING SEPINTAS LALU

Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Seri Nering mula beroperasi sejak tertubuhnya sekolah ini. Walau bagaimanapun, PSS sekolah ini telah berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk membolehkan ianya beroperasi dengan baik.

Pada asalnya PSS ditempatkan di tingkat atas sebuah bangunan dan kemudiannya dipindahkan ke tingkat bawah dengan sebab-sebab yang tertentu. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada koleksi PSS yang mana bahan-bahan koleksi tersebut telah mengalami kerosakan. Kejadian banjir besar yang berlaku pada tahun 1999 yang lalu dan serangan anai-anai juga telah merosakkan sebahagian besar daripada koleksi PSS termasuklah buku-buku dan peralatan-peralatan lain.

Pada awal tahun 2004, PSS sekali lagi telah berpindah ke bangunan baru yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik perpustakaan, bilik tayang dan bilik BBM. Keadaan yang selesa ini diharapkan dapat membantu guru-guru PSS membaikpulih semula PSS dari masa ke semasa. Seiring dengan ledakan ICT yang sering diwar-warkan oleh kerajaan, jesteru itu PSS SMKSN ini telah mengambil langkah dengan menjalankan proses pengautomasian bahan-bahan untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pengguna.

Setelah beberapa perubahan telah dilakukan, dan untuk meningkatkan lagi mutu PSS, maka setelah keputusan telah dibuat untuk memberikan nama yang khusus kepada PSS. Oleh yang demikian, nama ‘Sangsura’ telah dipilih dan sesuai untuk diberikan kepada PSS. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya ‘Sangsura’. ‘Sangsura’ adalah gelaran yang diberikan kepada salah seorang tokoh ulama’ dan pembesar yang terkenal di negeri Terengganu iaitu Wan Muhammad Saleh, iaitu berpangkat Tok Kaya Pahlawan atau Datok Sangsura Pahlawan. Wan Muhammad Saleh ialah anak kepada Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani atau Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, Terengganu yang cukup kuat pengaruhnya. Syeikh Abdul Qadir ini sangat besar pengaruhnya sama ada kepada mesyarakat luar mahu pun kepada pihak kerajaan Terengganu. Beliau meninggalkan 21 orang anak. Anak beliau yang menjadi ulama’ terkenal ialah Wan Muhammad Saleh. Cucu Syeikh Abdul Qadir yang bernama Wan Abdul Hamid bin Wan Muhammad Sa’id bin Syeikh Abdul Qadir juga digelar Datok Sangsura Pahlawan. Bagi memperingati jasa-jasa beliau dalam bidang keilmuan, maka gelaran beliau ‘Sangsura’ telah dipilih

Saturday, May 15, 2010

GOTONG ROYONG SEPENA HARI GURU



















Pada hari ini 15 Mei 2010 semua guru SMK Seri Nering telah bersama-sama pelajar menjalankan satu kerja amal iaitu Gotong Royong membersihkan kawasan sekolah. Gotong royong ini diadakan untuk menceriakan kawasan sekolah bagi menyambut Hari Guru pada 16 Mei ini. Bermula pada pukul 8.30 pagi dengan bacaan doa dan ucapan oleh Pengetua, Pn Hajh Tuan Faiziah. Program telah berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jamuan ringan kepada semua yang terlibat

SMK SERI NERING SEPINTAS LALU



Sek. Men. Keb. Seri Nering (SMKSN) terletak 2 km dari Bandar Jerteh, berhampiran jalan utama menuju Kuala Terengganu dan Kota Bharu, dalam perkampungan Melayu yang dikenali dengan nama Kampung Pulau Rimau.

Bangunan sekolah mula dibina pada awal 1968 dan merupakan sekolah menengah Melayu ke-3 di Besut yang dikenali pada masa itu sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Jerteh. Nama itu kemudiannya ditukar oleh pihak pentadbiran kepada Sekolah Seri Nering, Jerteh. Kini nama rasminya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering, Jerteh Terengganu. Pembukaan rasmi bangunan sekolah pada 11 Mei 1975 oleh YB Dr. Mahathir Mohamad selaku menteri pelajaran pada masa itu.

Pada awal penubuhhanya, sekolah ni mempunyai sebuah bangunan kekal 2 tingkat dengan 10 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, stor, pejabat, bilik guru besar, tandas murid dan guru. Jumlah pelajar ketika itu ialah seramai 180. Kini, dengan keluasan 99,788 hektar SMKSN merupaka sebuah sekolah yang terbesar di Daerah Besut dengan jumlah pelajarnya hampir 2,000 orang dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6





Friday, May 14, 2010

PELAJAR CEMERLANG PMR 2009







Pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang telah diberikan siijl oleh pihak sekolah dan diraikan. Pada peperiksaan PMR 2009, SMK Seri Nering telah memperolehi keputusan yang agak cemerlang. 5 orang telah memperoleh 8A. Syabas dan tahniah