PELAWAT

Saturday, July 10, 2010

KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK PMR,SPM DAN STPM - 2010

Program kecemerlangan akademik adalah program khas bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR SPM dan STPM. Program ini di laksanakan dengan memberi penekanan untuk menyuntik semangat kepada peserta disamping memberi tunjuk ajar tentang perkara-perkara yang harus dilakukan oleh pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. Program ini telah diadakan pada 8 - 10 JULAI 2010, bertempat di Kem TEBU VIEW, Jabi Terengganu. Seramai 65 orang peserta telah terlibat. Mereka ini adalah dari kalangan calon pelajar-pelajar cemerlang PMR, SPM dan STPM SMK. SERI NERING, 2010


Objektif

  • Menyuntik semangat juang ke dalam jiwa peserta.

  • Melahirkan pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat.

  • Mempertingkatkan potensi diri peserta dan mendedahkan kepentingan kejayaan sekarang untuk kebahagian masa depan.

Kandungan Program

  • Pembentukan Peribadi Pelajar

  • Pengurusan Masa dan Teknik Belajar Berkesan

  • Rencah dan Resipi Kejayaan

  • Menghadapi dan Mengawal Tekanan ( Stress )

  • Kreativiti dan Imiginasi

  • Rahsia Ilmu

  • Pemantapan Rohani

  • Pemantapan Mental dan Fizikal


Jangkamasa Program

3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam


FOTO-FOTO SEKITAR PROGRAM


































No comments:

Post a Comment