"MAULIDUR RASUL : RASULULLAH S.A.W
IKUTAN SEPANJANG ZAMAN"
IKUTAN SEPANJANG ZAMAN"
Kedatangan bulan Rabiul Awal pada setiap tahun lazimnya mengingatkan
kita tentang kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kelahiran ini
sesungguhnya telah memberikan makna yang amat besar kepada kelangsungan
hidup umat manusia di dunia dan di akhirat. Umat manusia dan alam
keseluruhannya telah dihamparkan dengan rahmat dan keberkatan melalui
perantaraan Rasulullah S.A.W.
Firman Allah swt di dalam surah Al-Anbiaa’ ayat 107;
“Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan
untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”.
Sesungguhnya perjalanan hidup Rasulullah S.A.W dihiasi dengan akhlak
yang amat terpuji. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-
Qalam ayat 4 ;
“Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak
yang amat mulia."
Dalam sirah kehidupannya, baginda telah menunjukkan kepada kita
akhlaknya yang terpuji sama ada ketika bersama anak kecil mahupun orang
dewasa, begitu juga ketika bersama orang berharta mahupun hamba sahaya.
Dalam soal hubungan ini baginda tidak pernah membeza-bezakan di antara satu
sama lain. Kesemuanya dilayan dengan baik oleh baginda sehingga mereka
merasakan tidak ada perbezaan di antara kedudukan orang-orang kaya dengan
yang miskin, berpangkat atau sebaliknya.
Rasulullah S.A.W juga sentiasa merendah diri, sentiasa tersenyum dan
berwajah manis apabila bertemu dengan sesiapa sahaja. Ini berdasarkan
sebuah hadis daripada Abu Zar R.A. bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda;
Janganlah engkau memandang hina sesuatu pekerjaan yang baik sekalipun
engkau berjumpa dengan saudaramu dengan wajah yang manis”.
(Riwayat Muslim)
Menampilkan wajah yang manis dan ceria di khalayak ramai bukanlah
merupakan suatu kesalahan, malahan ia dianggap sebagai satu sedekah. Ia juga
merupakan salah satu cara mewujudkan masyarakat penyayang dan
mengelakkan sebarang bentuk persengketaan. Inilah yang telah ditunjukkan oleh
baginda Rasulullah S.A.W sehingga akhirnya dapat melahirkan masyarakat yang
penyayang dan hidup bersatu padu serta saling bekerjasama di antara satu
dengan yang lain.
Keadaan seperti ini sudah jarang dipraktikkan oleh sebahagian masyarakat
kita pada hari ini sehingga kerajaan mengadakan kempen-kempen senyum
melalui media elektronik dan sebagainya. Mungkin kerana kita menganggap
perkara ini sebagai sesuatu yang remeh sehingga kita tidak memperdulikan
tentang kebaikan yang ada di sebaliknya. Mungkin juga kerana kita terlalu sibuk
dengan urusan-urusan peribadi sehingga kita terlupa bahawa silaturrahmi juga
adalah suatu yang akan dipersoalkan oleh Allah dan Rasul-Nya sebagaimana
kewajipan-kewajipan yang lain.
,
Rasulullah S.A.W sebagai pemimpin sebuah negara juga telah
menunjukkan kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin
yang baik dan disayangi oleh segenap lapisan masyarakat. Salah satu sifat
utama Rasulullah S.A.W yang jarang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin lain
adalah sifat pemaaf Baginda sekalipun terhadap orang-orang yang
memusuhinya. Rasulullah S.A.W tidak pernah mengambil kesempatan terhadap
musuh-musuhnya yang sudah tidak berdaya melawannya. Perkara seperti ini
telahpun dibuktikan sendiri oleh Baginda Rasulullah S.A.W ketika peristiwa
pembukaan kota Mekah. Penduduk Quraish Mekah yang menjadi tawanan pada
ketika itu telah diberikan pengampunan dan dibebaskan oleh Baginda tanpa
sebarang syarat. Kebaikan dan sifat pemaaf yang ditunjukkan oleh Baginda itu
akhirnya telah menarik minat mereka untuk memeluk agama Islam.
Firman Allah swt di dalam surah An-Nasr ayat 1-3;
“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai
Muhammad berjaya menguasai Kota Mekah), Dan engkau melihat manusia
masuk dalam agama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan
memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia amat
menerima taubat”.
Inilah natijah daripada sifat pemaaf Rasulullah S.A.W yang akhirnya telah
memberikan keuntungan kepada agama Islam itu sendiri. Amat malang pula bagi
sesetengah pemimpin dunia pada masa kini yang terlalu rakus dan mengambil
kesempatan ke atas negara-negara yang lemah sehingga menimbulkan berbagai
bentuk kekacauan dan kecelaruan. Akhirnya rakyat juga yang menjadi mangsa di
atas kejahilan dan ketamakan pemimpin-pemimpin ini.
Rasulullah S.A.W juga telah terbukti berjaya mentadbir sebuah negara
Islam dengan penuh bijaksana, amanah dan adil. Kebijaksanaan, keadilan dan
sifat amanah Baginda ini telah diikuti oleh para Khulafa’ Ar-Rasyidin dan khalifah
Islam yang lain sehingga rakyat dapat hidup dengan aman dan makmur. Inilah
tiga ciri utama yang seharusnya wujud dalam diri setiap insan yang bergelar
pemimpin. Tanpa kebijaksanaan, negara pasti akan kucar kacir dan hancur.
Tanpa keadilan pula, akan berlaku berbagai bentuk penindasan dan tanpa sifat
amanah, maka akan berlakulah berbagai bentuk penyelewengan yang akhirnya
akan merugikan rakyat dan juga negara.
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W merupakan insan kamil yang paling layak
untuk diikuti oleh setiap umat manusia. Di manapun kedudukan kita pada hari ini,
sama ada sebagai pemimpin sebuah keluarga, masyarakat mahupun negara
seharusnya menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai satu-satunya qudwah
hasanah dalam kehidupan kita. Jaminan kebahagiaan hidup di dunia mahupun di
akhirat bukanlah diukur dengan kekayaan dan pangkat sebaliknya ia diukur
dengan sejauh mana kita telah mengikuti dan mengamalkan segala sunnah yang
dianjurkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W.

“Sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, Maka mereka akan (ditempatkan
di syurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada
mereka, iaitu Nabi-nabi, para Siddiqin, para syuhada’ (orang yang mati syahid),
dan orang yang soleh;. serta mereka itulah teman yang sebaik-baiknya”.
(An-Nisaa’: 69)

FOTO-FOTO SEKITAR PROGRAM
No comments:
Post a Comment