PENGENALAN
Membaca Jambatan Ilmu. Oleh yang demikian Pusat Sumber Sekolah SMK Seri Nering telah berusaha dan berinisiatif menganjurkan Program Bulan Membaca bagi peringkat sekolah tahun 2011. Program ini julung-julung kali diadakan bagi menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar sekolah khususnya dan seluruh warga sekolah amnya.
Pusat Sumber Sekolah sebagai gedung ilmu amat mengharapkan pelajar sentiasa menjadikan PSS ini menjadi tempat yang paling gemar dikunjungi demi menambahkan lagi ilmu dan pengetahuan mereka.
Program Bulan Membaca ini diharapkan juga mendapat kerjasama daripada seluruh warga sekolah sama ada di peringkat Pentadbiran, Panitia, guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Seri Nering.
OBJEKTIF
1) Menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar dengan lebih baik lagi.
2) Melahirkan pelajar yang bukan sahaja gemar membaca tetapi juga akan merekodkan bacaan mereka menerusi Program NILAM.
3) Membantu pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dengan tertanamnya minat membaca.
4) Membantu sekolah untuk membudayakan minat membaca dalam kalangan pelajar dan seluruh warga sekolah.
5) Mempelbagaikan aktiviti galakan membaca yang kreatif, inovatif dan berkesan.
6) Memberi peluang kepada pelajar menghargai para guru yang telah mencurahkan ilmu kepada mereka.
TARIKH PERLAKSANAAN
Sepanjang Bulan Mei 2011 – 1-31 Mei 2011
JAWATANKUASA INDUK
i) Penaung : Puan Hajjah Tuan Fauziah bt Tuan Muda (Pengetua)
ii) Pengerusi : Tuan Haji Zainuddin bin Salleh (GPK 1)
iii) Naib Pengerusi : Puan Marsila bt Adun (GKMP Bahasa)
iv) Setiausaha : Encik Rizal bin Ridzuan (Penyelaras PSS)
v) Penolong SU : Puan Wan Norhayati Wan Rahim (Penyelaras NILAM)
vi) Bendahari : Puan Zarina bt Hussain
vii) AJK : Tuan Haji Man bin Mohamad (GPK HEM)
Tn Hj Wan Mohd Rusdi bin Wan Mat Ali (GPK KOKU)
Encik Asmani bin Mohd (GPK Tingkatan 6)
Puan Siti Ropiah bt Muda (GKMP Sains)
Puan Zaharah bt Hamid (GKMP Kemanusiaan
Encik Abd Ghani bin Md Noor (GPK Tek dan Vok)
Puan Mimi Hartini bt Razali Ang
Puan Ismira bt Ismail
Puan Yahani bt Mat Tik
Puan Zurina bt Salleh
Semua Ketua Panitia SMK Seri Nering
KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar SMK Seri Nering – Tingkatan 1-6
No comments:
Post a Comment