PELAWAT

Wednesday, July 27, 2011

KEM MOTIVASI KEPIMPINAN ASRAMA DAN PENGHAYATAN TAMAN LAUT PULAU REDANG

PENDAHULUAN

Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering merupakan sebuah asrama yang ingin melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pendidikan . Oleh itu, pihak Pengurusan Sekolah secara berterusan ingin mendidik dan membimbing pelajar-pelajarnya agar mereka bukan sahaja lahir sebagai pelajar yang cemerlang dalam akademik, dan ko kurikulum tetapi juga menjadi insan yang cemerlang dari segi sasiah, kepimpinan serta mempunyai jati diri dan peka tehadap tuntutan persekitaran.

Selaras dengan hasrat tersebut,Unit Asrama mengambil inisiatif untuk membawa 20 orang pemimpin pelajar ( exco ) untuk mengapresiasi khazanah alam sekitar di Pulau Redang. Program ini diharap akan dapat memberi pendedahan kepada barisan kepimpinan asrama SMKSN tentang pentingannya bekerjasama dan kerja berpasukan dalam menguruskan sesebuah organisasi serta untuk melahirkan perasaan cintakan alam sekitar terutamanya kepada kehidupan marin.

2. RASIONAL

2.1 Pelajar perlu cemerlang dan mempunyai sifat jati diri.

2.2 Sikap kerjasama dan toleransi perlu dipupuk dikalangan pelajar

2.3 Pelajar perlu didedahkan dengan kepentingan menghargai alam sekitar

3. OBJEKTIF

Di akhir program ini ini diharapkan pelajar dapat :

3.1. Mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi dalam kehidupan seharian.

3.2. Menjalinkan hubungan silaturahim yang positif dikalangan pelajar

3.3. Menyedari tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam memelihara alam sekitar.

3.4. Memahami dan menyedari pentingnya menjaga alam sekitar.

4. TUJUAN

4.1 Memupuk budaya kerjasama dan semangat setia kawan di kalangan pelajar.

4.2 Lahir pelajar berilmu tanpa mengabaikan nilai-nilai terpuji seperti bermoral tinggi, hormat menghormati, sedar dan cintakan agama, bangsa dan negara dan menghargai alam ciptaan tuhan.

4.3 Menggunakan pengalaman dan pengetahuan dalam kehidupan seharian.

4.4 Mampu menjadi contoh yang baik atau role model kepada pelajar

lain.



No comments:

Post a Comment