PELAWAT

Wednesday, June 19, 2013

HARI PUSAT SUMBER SEKOLAH PADA 17 DAN 18 JUN 2013


HARI PUSAT SUMBER
SMK SERI NERING, 2013
17 DAN 18 JUN 2013

PENGENALAN
Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu nadi utama dalam menjamin keberhasilan pelajar dan kecemerlangan sekolah. Sejak sekian lama, penubuhan Pusat Sumber yang dimulai dengan perpustakaan sentiasa mengalami perubahan dan anjakan demi menjamin keberkesanan dan fungsinya dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain mewujudkan prasarana Pusat Sumber yang sesuai dan menarik, minat para pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber juga haruslah sentiasa disemai dan dipupuk dari masa ke semasa. Pelbagai program dapat dianjurkan oleh Pusat Sumber untuk menarik minat pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber seterusnya menggunakan Pusat Sumber sebagai salah satu sumber ilmu.

MATLAMAT

Menarik minat para pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah sebagai salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan berfungsi.



OBJEKTIF
i.                    Menambahkan pengetahuan pelajar mengenai Pusat Sumber Sekolah
ii.                 Menarik minat pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah dengan berkesan
iii.               Melatih para pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan dan mengendalikan program.
iv.               Mengeratkan hubungan sesama Pengawas Pusat Sumber dan para pelajar sekolah.


FOTO-FOTO SEKITAR PROGRAM

PAMERAN  PENDIDIKAN KHAS DAN INTERGRASI

 PAMERAN FOTOGRAFI DAN ALATAN FOTOGRAFI

PAMERAN PUSAT SUMBER

PK PENTADBIRAN MEMILIH FOTO 

GURU MENEMPAH CENDERAHATI DI GERAI PEND. KHAS

PAMERAN PANITIA SAINS



PERADUAN MENEKA MUKA SURAT BUKU


KEMPEN MENABUNG OLEH BANK SIMPANAN NASIONAL









No comments:

Post a Comment