PELAWAT

Sunday, March 18, 2012

KURSUS SEGAK - STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN

APAKAH SEGAK?
  • Program penilaian Standard Kecergaasan Fizikal Kebangsaan ( SEGAK )
  • Dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran PJK sekolah rendah dan mengah
MATLAMAT

  • Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kkecergasan fizikal yang optimum
BATERI UJIAN SEGAK

  1. INDIKS JISIM BADAN ( BMI )
  2. NAIK TURUN BANGKU ( 3 MINIT )
  3. TEKAN TUBI ( 1 MINIT )
  4. RINGKUK TUBI SEPARA ( 1 MINIT )
  5. JANGKAUAN MELUNJUR
UJIAN MESTI DI SELESAIKAN DALAM MASA SEHARI





KEM JATI DIRI PELAJAR ASRAMA 2012

PENGENALAN

       Pelajar perlu diberi pendedahan tentang kehidupan asrama. Persekitaran kehidupan di asrama berbeza dengan kehidupan dirumah.
      Justeru pelajar perlu diberi pendedahan tentang perbezaan serta kelebihan yang perlu dugunapakai dalam merealisasikan kejayaan mereka di dalam pembelajaran.
    Program yang dirangka khas ini untuk melahirkan pelajar yang mempunyai daya saing yang tinggi, kerohanian yang mantap dan mempunyai semangat untuk berjaya melalui kesedaran yang wujud dalam diri pelajar itu sendiri.

MATLAMAT

  • Melahirkan pelajar yang pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran kehidupan di asrama
  • Melahiraka pelajar yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap diri, Tuhan , keluarga, bangsa dan negara
  • Melahirkan pelajar yang soleh dan solehah yang menyedari hakikat sebenar kepentingan ibadah dalam kehidupan
  • Menjadikkan amalan belajar itu menarik, mencerdaskan minda dan ceria selalu
  • Meyediakan para peserta bahawa sikap negatif yang boleh mengghalang kejayaan perlu dikikis dan diganti dengan sikap posittif

















Thursday, February 23, 2012

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR AR RASUL PERINGKAT SEKOLAH SMK SERI NERING
 21 FEB 2012/29 RABIUL AWAL 1433H

RASIONAL

Sambutan Maulidur Ar Rasul diadakan setiap tahun oleh umat Islam di deluruh dunia sebagai memperingati peristiwa kelahiran junjungnan besar Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiul Awal. Ini dilakukan kerana baginda adalah manusia asgong yang diutuskan  oleh Allah SWT untuk membawa rahmat keseluruh alam. Oleh itu kita sebagai umat Islam wajib bersyukur dengan rahmat tersebut.

OBJEKTIF

1. Sebagai memperingati tarikh kelahiran dan perjuangan Rasulullah SAW
2. Sebagai penghayatan kepada sejarah rasulullah dari awal hingga akhir.
3. Sebagai mencontohi akhlak dan keperibadian rasulullah dan keperibadian rasulullah SAW
4. Untuk menyemarakan penghayatan Islam di kalangan pelajar
5. Untuk melahirkan modal insan yang beriman, beramal dan bertaqwa.






























Wednesday, February 1, 2012

KEJOHANAN RALLY DESASEIRING 2012

PENDAHULUAN

Aktiviti Merentas Desa merupakan aktiviti tahunan yang memenuhi kalender sukan bagi SMK Seri Nering. Ia melibatkan semua pelajar SMK Seri Nering kerana ia merupakan aktiviti wajib bagi semua pelajar. Justeru, tahun ini ia juga dijalankan sepertimana tahun-tahun lepas.

OBJEKTIF
  • MELAHIRKAN PELAJAR YANG SIHAT DAN CERGAS
  • MEMBERI PELUANG KEPADA PELAJAR MELIHAT DAN MENIKMATI KEINDAH ALAM SEMULA JADI DI SEPANJANG KAWASAN LALUAN MERNTAS DESA
  • MEMUPUK SEMANGAT KESUKANAN DALAM DIRI PELAJAR



PROGRAM BUDAYA BELAJAR CEMERLANG TINGKATAN 1P1, 1P2 DAN 1RK

RASIONAL

         Pelajar kurang mantap dan belum begitu menguasai teknik-teknik dalam kemahiran belajar yang betul bagi membolehkan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan PMR. Justeru program ini diharap dapat mendedahkan mereka kepad teknik belajar yang betul  dan mereka akan mengaplikasikan teknik-teknik tersebut secara langsung.
      
OBJEKTIF

  • Untuk meningkatkankan motivasi agar belajar bersungguh-sungguh
  • Untuk meningkatkan kemahiran belajar dalam kalangan pelajar Premier
  • Untuk mendedahkan  kepada para pelajar tentang perlunya persedian awal dan berterusan bagi menghadapi peperiksaan







Wednesday, August 3, 2011

KARNIVAL PENDIDIKAN SMK SERI NERING PADA 18 DAN19 JULAI 2011


1. Pendahuluan

Hari Kemuncak Kokurikulum adalah satu acara tahunan yang diadakan bagi memberi penghargaan kepada murid-murid yang aktif dalam bidang kokurikulum, menggalakkan murid aktif dalam bidang kemasyarakatan di samping itu memberi peluang kepada ibu bapa menghargai kegiatan anak mereka di sekolah. Aktiviti yang bakal diadakan seperti pertandingan, pameran, demonstrasi, gerai jualan dan lain-lain.

2. Matlamat.

Matlamat Hari Kokurikulum adalah bertujuan bagi mencapai beberapa sasaran ;

2.1 Menanam sifat berkerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan dalam kalangan murid, guru dan masyarakat setempat.

2.2 Melahirkan bakal pemimpin pada masa depan dalam kalangan murid.

2.3 Memberi peluang kepada ibu bapa melihat perkembangan sahsiah anak mereka di sekolah.

3. Objektif.

Objektif Hari Kokurikulum adalah bagi menggalakkan pelajar aktif dan berminat dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun pihak tertentu. Antaranya ialah;

3.1 Memupuk semangat bersatu padu, bekerja dalam satu kumpulan sama ada persatuan, kelab atau unit beruniform.

3.2 Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan dedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber.

3.3 Menggalakkan pelajar berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupukkan sikap disiplin yang tinggi.

3.4 Memberi peluang kepada ibu bapa berbincang dengan pihak sekolah demi kebaikan anak mereka.

3.5 Memupuk budaya mencintai ilmu yang bermanfaat, mencintai seni budaya bangsa dan bersyukur terhadap pemberian “Maha Pencipta”.

4. Kumpulan Sasaran.

Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada Hari Kokurikulum akan melibatkan;

4.1 Semua murid SMK Seri Nering.

4.2 Semua Guru SMK Seri Nering.

4.3 Semua Ibu bapa/Penjaga murid SMK Seri Nering.

4.4 Ahli Jawatan Kuasa PIBG.

5. Aktiviti:

5.1 Gerai Jualan

- Kelab/Persatuan & Unit Beruniform (Terhad kepada 15 Gerai sahaja).

- Alya Sara.

- Gigabyte Technnology.

- Kedai Buku (SMO).

5.2 Pameran Agensi Kerajaan/Swasta.

- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan.

- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA).

- Jabatan Pertahan Awam Malaysia (JPAM).

- Polis Di-Raja Malaysia (PDRM).

- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

- Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Jabatan Kesihatan (Derma Darah & Pemeriksaan Kesihatan).

- Telekom Malaysia .

- Celcom (Syarikat Telekomunikasi).

- Rejimen Askar Melayu Di-Raja.

5.3 Pameran Institusi Pendidikan.

- Pusat Minda.

- IKBN, Bachok.

- UITM, Machang.

5.4 Pameran Unit Beruniform

- Model Tapak Perkhemahan (Pengakap, KRS, Puteri Islam, P/Puteri).

5.5 Auto Show.

- Tan Chong Motor (Jerteh).

- Paccar Motor (Jerteh).

5.6 Motor Show.

- Motor Berkuasa Tinggi; Besut Bikers Club (BBC).

- Motor Klasik.

- Basikal Tua.

5.7 Pertandingan Gubahan Tembikai.

- Antara Unit Beruniform.

- Pelajar Pra-U.

5.8 Pertandingan Nasyid.

- Antara Kelab & Persatuan.

5.9 Pertandingan Futsal, Bola Jaring, Ping Pong & Bola Tampar.

- Antara Kelas.

5.10 Demonstrasi; JPAM.

5.11 Persembahan Seni Silat Tari.

5.12 Persembahan Gasing Uri.

5.13 Persembahan Kawad Kaki (Kadet PDRM, JPAM, PKBM & RAMD).

6. Tarikh: 18 & 19 JULAI 2011 (ISNIN & SELASA)

7. Masa : Isnin (0800 pg – 0500 ptg) & Selasa (0800 pg – 0100 tgh)

8. Tempat:

8.1 Dewan Munsyi.

8.2 Foyer.

8.3 Dataran Perhimpunan.

8.4 Gelanggang Bola Tampar.

8.5 Padang Sekolah.

8.6 Bilik Jamuan VIP.

8.7 Sepanjang Laluan Ke Asrama.

Wednesday, July 27, 2011

KEM MOTIVASI KEPIMPINAN ASRAMA DAN PENGHAYATAN TAMAN LAUT PULAU REDANG

PENDAHULUAN

Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering merupakan sebuah asrama yang ingin melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pendidikan . Oleh itu, pihak Pengurusan Sekolah secara berterusan ingin mendidik dan membimbing pelajar-pelajarnya agar mereka bukan sahaja lahir sebagai pelajar yang cemerlang dalam akademik, dan ko kurikulum tetapi juga menjadi insan yang cemerlang dari segi sasiah, kepimpinan serta mempunyai jati diri dan peka tehadap tuntutan persekitaran.

Selaras dengan hasrat tersebut,Unit Asrama mengambil inisiatif untuk membawa 20 orang pemimpin pelajar ( exco ) untuk mengapresiasi khazanah alam sekitar di Pulau Redang. Program ini diharap akan dapat memberi pendedahan kepada barisan kepimpinan asrama SMKSN tentang pentingannya bekerjasama dan kerja berpasukan dalam menguruskan sesebuah organisasi serta untuk melahirkan perasaan cintakan alam sekitar terutamanya kepada kehidupan marin.

2. RASIONAL

2.1 Pelajar perlu cemerlang dan mempunyai sifat jati diri.

2.2 Sikap kerjasama dan toleransi perlu dipupuk dikalangan pelajar

2.3 Pelajar perlu didedahkan dengan kepentingan menghargai alam sekitar

3. OBJEKTIF

Di akhir program ini ini diharapkan pelajar dapat :

3.1. Mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi dalam kehidupan seharian.

3.2. Menjalinkan hubungan silaturahim yang positif dikalangan pelajar

3.3. Menyedari tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam memelihara alam sekitar.

3.4. Memahami dan menyedari pentingnya menjaga alam sekitar.

4. TUJUAN

4.1 Memupuk budaya kerjasama dan semangat setia kawan di kalangan pelajar.

4.2 Lahir pelajar berilmu tanpa mengabaikan nilai-nilai terpuji seperti bermoral tinggi, hormat menghormati, sedar dan cintakan agama, bangsa dan negara dan menghargai alam ciptaan tuhan.

4.3 Menggunakan pengalaman dan pengetahuan dalam kehidupan seharian.

4.4 Mampu menjadi contoh yang baik atau role model kepada pelajar

lain.