PELAWAT

Tuesday, August 10, 2010

ANUGERAH NILAM PERINGKAT SMK SERI NERING

Pengenalan

NILAM ialah satu program galakan membaca yang dilancarkan peringkat kebangsaan dan merupakan suatu program yang dilaksanakan secara terancang dengan melibatkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah bagi membentuk tabiat suka membaca.


Objektif

2.1 Meningkatkan minat membaca yang berterusan (avid reader).

2.2 Memperbanyakkan bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan pelajar

2.3 Melahirkan/mengenalpasti tokoh murid yang banyak membaca dan berketrampilan serta mempunyai sifat-sifat kepimpinan.

2.4 Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti.

2.5 Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk pembacaan di kawasan sekolah.

2.6 Mewujudkan rangkaian pembacaan antara institusi pendidikan, kerajaan, swasta dan pertubuhan sukarela.

2.7 Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup.

3. Matlamat

Menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup.



Untuk menarik minat dan menggalakkan para pelajar SMK Seri Nering melibatkan diri maka Anugerah NILAM peringkat sekolah telah diadakan. Anugerah ini telah diberikan kepada pelajar yang telah mencapai tahap yang telah ditetapkan. Seramai 20 orang pelajar telah berjaya mencapai Pengiktirafan Gangsa ( Tahap Jauhari ). Pelajar-pelajar ini telah berjaya membaca buku melebihi daripada 80 buah buku.

Antara penerima tersebut ialah:
1. HAFIZAH BT ZAINAL - 4S1
2. NOR SUHANA BT SAAD -4S1
3. NUR FADHILA BT MAT NOR -4S1
4. NUR NABUHAH BT AZMAN - 4S1



FOTO -FOTO SEKITAR ANUGERAH NILAM SMKSN 2010













No comments:

Post a Comment