Ramadhan merupakan bulan yang ssangat mulia bagi umat Islam.Oleh itu, amat baik sekiranya di bulan yang mulia ini, kita mempertingkatkan ibadat bagi mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Sehubungan itu Unit Penghayatan Islam SMK Seri Nering dengan kerjasama Unit Asrama marasakan amat perlu diadakan program yang dinamakan ”Ihya’ Ramadahan yang membawa maksud menghidupkan Bulan Ramadahan dengan amalan yang baik melibatkan semua murid dan guru di sekolah ini bagi menghidupkan bulan Ramadhan ini
Objektif
1.Supaya dapat meningkatkan penghayatan islam di kalangan warga SMKSN dan penghuni asrama
sepanjang bulan Ramadhan
2 Dapat menggalakkan pelajar membaca al-Quran melalui prorranm tadarus
al- Quran.
3 Dapat menggandakan amal ibadat melalui solat tarawih, witir dan sebagainya.
4. Dapat menghidupkan suasana kemuliaan bulan Ramadhan
Kumpulan sasaran
Semua warga SMKSN dan penghuni asrama SMK SeriNering
Tarikh pelaksanaan
Sepanjang bulan Ramadhan ( mulai 11 Ogos hingga 2 September 2010.
Program yang dirancang
- Bacaan Yaasin setiap hari Ahad ( Selepas solat Subuh )
- Tadarus al-quran bagi pelajar. ( Selepas Solat Sunat Tarawih )
- Tazkirah setiap pagi ( Oleh Ketua-Ketua Biro )
- Majlis berbuka puasa dan solat tarawih
- Ceramah nuzul quran ( Ustaz Jemputan )
- Risalah Ramadhan ( Biro Penerbitan )
- Majlis khatam Quran ( Para Pelajar )
MAJLIS BERBUKA PUASA DI ASRAMA SMKSN
No comments:
Post a Comment