1. PENGENALAN
Perkembangan pelajar yang cemerlang adalah terbentuk dari gabungan intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial yang berpotensi tinggi. Ia terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Sehubungan itu, untuk tujuan pembentukan insan yang seimbang itu, maka Asrama SMK. Seri Nering akan mengadakan satu program Senamrobik untuk menjurus kepada pembentukan insan seimbang itu. Ia akan dilaksanakan secara permuafakatan ibu bapa/waris pelajar asrama untuk merapatkan ibubapa/waris pelajar dengan pihak pentadbir asrama dan sekolah.
2. Matlamat
Untuk melahirkan insan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara
3. Objektif
1.Memenuhi keperluan pelajar asrama untuk beriadah dan bersukan
2.Melahirkan insan yang sentiasa sercas dan berdaya saing
3.Memupuk semangat berkerjasama dan berganding bahu dalam satu komuniti
4. Merapatkan hubungan ibubapa/waris dengan pengurusan asrama dan sekolah
melalui aktiviti kecergasan
4. Tema
Beriadah Untuk Perpaduan, Kesihatan, hubungan Sosial dan keceriaan diri.
5. Maklumat perlaksanaan
Program ini akan diadakan seperti ketetapan dibawah :
1. Tarikh : 6 Ogos 2010
2. Hari : Jumaat
3. Masa : 5.30 - 6.30 PTG
4. Tentatif : - 7.45 Berkumpul di Dataran Zaaba
- Ucapan alu-aluan
- Bersenam
No comments:
Post a Comment