Sempena hari Koperasi pada 29 Jun 2010, pihak Koperasi SMK Seri Nering dengan kerjasama Persatuan Pelajar Tingkatan 6 SMKSN dan HOSPITAL BESAR TENGKU AMPUAN RAHIMAH KUALA TERENGGANU telah menganjurkan satu Kempen Derma Darah dengan tema " Setitis Darah Anda Boleh Menyelamatkan Satu Nyawa".
Program ini telah dijalankan dengan jayanya pada hari ini 28 Jun 2010 bertempat di Dewan Munsyi SMKSN dengan penglibat pelajar-pelajar terutama dari Tingkatan 6, Guru-guru dan Pekerja. Semoga program murni ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan demi membantu mereka yang memerlukan.

Derma darah ini mempunyai kepentingan dan hikmahnya yang tersendiri seperti:-
1. Menampung jumlah darah yang berkurangan di Blood Bank. (Ikhlas)
2. Membantu insan lain yang memerlukan. (Ihsan dan Syukur)
3. Melatih diri untuk memberi. (Kebajikan dan Sedekah)
4. Menginsafi diri kerana darah kita hanya pinjaman daripada ALLAH. (Insaf)
5. Mengingatkan diri mengenai kematian. (Zikrullah)
FOTO-FOTO SEKITAR PROGRAM
No comments:
Post a Comment