PELAWAT

Tuesday, July 13, 2010

PERKHEMAHAN KADET POLIS PERINGKAT DAERAH BESUT, 2010


Pada 1-4 Julai 2010 yang lepas, pasukan badan beruniform Kadet Polis SMK Seri Nering telah menghantar satu platun lelaki ( 30 orang ) dan satu platun perempuan ( 30 orang ) mengikuti Perkhemahan KOR Kadet Polis Daerah Besut yang telah diadakan di Kem Seri Keluang.

Pada 3 hari perkhemahan, terdapat beberapa acara yang telah dipertandingkan. Antara aacara tersebutialah Kawad Kaki, Menembak Individu /berpasukan, Pandu Arah dan keceriaan khemah.

Pasukan SKM Seri Nering telah berjaya memenangi beberapa acara .Antara acara tersebut ialah :

  1. Kawad kaki : Johan ( Perempuan ) dan Naib Johan ( Lelaki )
  2. Menembak : Tempat Ketiga ( Individu )
Tahniah kepada semua perserta dan syabas kepada semua guru penasihat Kor Kadet Polis, SMK Seri Nering. Sesungguhnya seluruh warga SMK Seri Nering berbangga dengan anda.
























No comments:

Post a Comment