PELAWAT

Thursday, May 27, 2010

PROMOSI PERPUSTAKAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - MEMO ANTARA BAHAGIAN

Y. Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan

PROMOSI PERPUSTAKAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Perencangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM telah di beri tanggungjawab untuk menaiktaraf Pusat Dokumentasi kepada Perpustakaan Kementerian Pelajaran Malaysia si Aras 1 dan Aras SB, Blok E8. Perpustakaan ini menyediakan kemudahan kepada warga pendidik dari seluruh negara dengan menaiktaraf aplikasi yang sedia ada. Antara kemudahan/bahagian yang ada di perpustakaan ini adalah;

1. Pencarian bahan di Perpustakaan ini boleh dibuat melalui Laman Sesawang www.librarykpm.moe.gov.my pada bila-bila masa dan dari mana-mana lokasi;

2. Perpustakaan ini mempunyai koleksi yang unik ia itu ia mempunyai koleksi tesis dari universiti dalam dan luar negara di mana pelajar tajaan KPM itu belajar. Jumlah tesis yang ada pada masa ini berjumlah 15, 229 naskah;

3. Perpustakaan ini juga mempunyai koleksi bahan bacaan umum, bahan KPM, jurnal dalam dan luar negara, artikel akhbar, CD ROM, risalah dan bahan-bahan sumbangan yang berjumlah 92,272 naskah; dan

4. Semua peraturan dan waktu perkhidmatan boleh diperoleh di kaunter di kedua-dua aras dan layari Laman Sesawang www.moe.gov.my/bppdp


Sekian untuk makluman kepada semua guru SMK SERI NERING


No comments:

Post a Comment