PELAWAT

Saturday, May 22, 2010

PUSAT SUMBER ANDA SEPINTAS LALU

SELAMAT DATANG

Pusat Sumber
Sek. Men. Kebangsaan Seri Nering
22000 Jerteh, Terengganu

“Ke Arah Kecemerlangan”


WAWASAN

Berusaha menjadi pusat kecemerlangan maklumat bagi menjadikan masyarakat SMKSN yang berbudaya ilmu dan kaya maklumat.


MISI

Membantu masyarakat SMKSN supaya berbudaya ilmu dan kaya maklumat melalui pembacaan, penerokaan ilmu dan kemahiran penggunaan bahan serta cara-cara pencarian maklumat dengan menjadikan persekitaran yang selesa dan mesra, sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran.


VISI

Melahirkan insan yang cemerlang


OBJEKTIF

• Menjadikan Perpustakaan sebagai gedung ilmu yang menempatkan pelbagai koleksi bahan bacaan yang terkini.
• Menanam dan mengukuhkan tabiat membaca di kalangan pelajar supaya menjadi pelajar yang berilmu dan celik maklumat.
• Memberikan perkhidmatan berorientasikan pengguna sepenuhnya.


PIAGAM PELANGGAN

• Mempastikan perpustakaan dibuka pada masa yang ditetapkan.
• Mempastikan pengendalian proses peminjaman dan pemulangan bahan bacaan dibuat dalam masa yang singkat.
• Berusaha menambah kuantiti bahan bacaan yang berkualiti.
• Berusaha mengemaskini bahan bacaan dari masa ke semasa.
• Mempastikan penyediaan ruang yang selesa untuk semua pelanggan.


KOLEKSI DI PERPUSTAKAAN

• Koleksi rak terbuka
• Koleksi rujukan
• Koleksi bersiri
• Koleksi CDRI



PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN

• Perkhidmatan pinjaman
• Katalog perpustakaan
• Kelas kemahiran maklumat (SPM & STPM)
• Perkhidmatan Internet dan mencetak (akan datang)
• NILAM


WAKTU PERKHIDMATAN

HARI WAKTU
AHAD -KHAMIS • 7.40 – 2.00 PETANG
• 2.30 – 4.00 PETANG
* Guru yang ingin membawa pelajar masuk ke perpustakaan hendaklah mengisi buku tempahan terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang masalah.


KEAHLIAN

• Semua ahli dikenakan yuran keahlian sebanyak RM1.00.
• Setiap ahli dibekalkan dengan kad keahlian.
• Pinjaman buku tidak dibenarkan tanpa kad ahli.
• Setiap pinjaman mestilah menggunakan kad ahli sendiri dan tidak boleh pindah milik.
• Kad keahlian yang rosak atau hilang boleh diganti dengan yang baru dengan kos RM1.00.
• Perubahan peraturan keahlian adalah tertakluk kepada keperluan semasa

SISTEM PENGKELASAN

Sistem pengkelasan yang digunakan adalah berpandukan kepada Sistem Perpuluhan Dewey (DDC). Pengkelasan sistem ini adalah adalah seperti berikut:

Tajuk Perkara

000 – Karya Am
100 – Falsafah
200 – Agama
300 – Sains Kemasyarakatan
400 – Bahasa
500 – Sains Tulen
600 – Teknologi
700 – Kesenian
800 – Sastera
900 – Geografi dan Sejarah

SISTEM PENGAUTOMASIAN S-LIB

Perisian ini digunakan untuk menjalankan proses-proses pengkatalogan buku-buku. Perisian ini membolehkan buku-buku dapat dicari dalam waktu yang singkat oleh pengguna. Proses peminjaman dan pemulangan buku-buku juga menggunakan sistem ini. Sistem ini terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu Perpustaka, Katalog dan NILAM.


No. Tel. & e-mail Guru Perpustakaan

RIZAL B RIDZUAN : PENYELARAS PUSAT SUMBER/PENULIS BLOG
No. tel. : 019-3555765
e-mail : lariz7273@yahoo.com.my

MIMI HARTINI BT RAZALI ANG : GURU PUSAT SUMBER
No. tel. : 019-9234490
e-mail :

ISMIRA BT ISMAIL : GURU PUSAT SUMBER
No. tel. :019-9851975
e-mail :

RAHMATULLAH B MAMAT : GURU MEDIA
NO. tel : 0199323283

Membaca Gaya Wawasan

Gubahan: Kusham, Nada Studio
Lirik: SMDee, Canang Adcalls Sdn Bhd
Diterbitkan oleh: Canang Adcalls Sdn Bhd


Awal suruhan ialah membaca
Menuntut ilmu disuruh budaya
Inilah teladan sepanjang masa
Gayakan hidup dengan membaca

Apalah nama andai tanpa ilmu
Apalah mahkota permatanya palsu
Tanpa membaca cacatlah minda
Tanpa ilmu ke manalah kita

Jika ilmu penuh di dada
Bila bergaya dengan membaca
Dunia sempit menjadi luas
Tempah kejayaan tiada terbatas
Negara yang kecil tinggi martabat
Kerana ilmu, negara berdaulat

Mari kawan kita membaca
Mari rakan, timba ilmu dengan membaca
Inilah perjuangan, sambutlah seruan
Jadikan Membaca Gaya Wawasan

Everybody!
Take a book and read
To gain knowledge, everyone has to read
Let's reach out, open up your mind
Let's make reading, a lifestyle of Wawasan

No comments:

Post a Comment