PELAWAT

Monday, May 17, 2010

SEJARAH PUSAT SUMBER SMK SERI NERING SEPINTAS LALU

Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Seri Nering mula beroperasi sejak tertubuhnya sekolah ini. Walau bagaimanapun, PSS sekolah ini telah berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk membolehkan ianya beroperasi dengan baik.

Pada asalnya PSS ditempatkan di tingkat atas sebuah bangunan dan kemudiannya dipindahkan ke tingkat bawah dengan sebab-sebab yang tertentu. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada koleksi PSS yang mana bahan-bahan koleksi tersebut telah mengalami kerosakan. Kejadian banjir besar yang berlaku pada tahun 1999 yang lalu dan serangan anai-anai juga telah merosakkan sebahagian besar daripada koleksi PSS termasuklah buku-buku dan peralatan-peralatan lain.

Pada awal tahun 2004, PSS sekali lagi telah berpindah ke bangunan baru yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik perpustakaan, bilik tayang dan bilik BBM. Keadaan yang selesa ini diharapkan dapat membantu guru-guru PSS membaikpulih semula PSS dari masa ke semasa. Seiring dengan ledakan ICT yang sering diwar-warkan oleh kerajaan, jesteru itu PSS SMKSN ini telah mengambil langkah dengan menjalankan proses pengautomasian bahan-bahan untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pengguna.

Setelah beberapa perubahan telah dilakukan, dan untuk meningkatkan lagi mutu PSS, maka setelah keputusan telah dibuat untuk memberikan nama yang khusus kepada PSS. Oleh yang demikian, nama ‘Sangsura’ telah dipilih dan sesuai untuk diberikan kepada PSS. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya ‘Sangsura’. ‘Sangsura’ adalah gelaran yang diberikan kepada salah seorang tokoh ulama’ dan pembesar yang terkenal di negeri Terengganu iaitu Wan Muhammad Saleh, iaitu berpangkat Tok Kaya Pahlawan atau Datok Sangsura Pahlawan. Wan Muhammad Saleh ialah anak kepada Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani atau Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, Terengganu yang cukup kuat pengaruhnya. Syeikh Abdul Qadir ini sangat besar pengaruhnya sama ada kepada mesyarakat luar mahu pun kepada pihak kerajaan Terengganu. Beliau meninggalkan 21 orang anak. Anak beliau yang menjadi ulama’ terkenal ialah Wan Muhammad Saleh. Cucu Syeikh Abdul Qadir yang bernama Wan Abdul Hamid bin Wan Muhammad Sa’id bin Syeikh Abdul Qadir juga digelar Datok Sangsura Pahlawan. Bagi memperingati jasa-jasa beliau dalam bidang keilmuan, maka gelaran beliau ‘Sangsura’ telah dipilih

No comments:

Post a Comment